FREE DOWNLOAD PICTURE
MORE INFO ABOUT WALLPAPER
Sunday, February 7, 2010

76 PETUAH MEMENANGKAN HATI WANITA

    76 PETUAH MEMENANGKAN HATI WANITA

    Berikut adalah cara bagaimana anda memenangkan hati wanita kekasih anda. Dipetuahkan oleh para pengamat cinta setelah mengkaji apa saja yang disukai wanita yang memang sentiasa menginginkan perhatian. Tapi ingat, petuah ini hanya untuk suami isteri:

    1. Bila anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan hal lain dan peluklah dia.

    2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sadar apakah yang dia rencanakan untuk lakukan hari ini.

    3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya tentang masalah-masalahnya.

    4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

    5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

    6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

    7. Rancanglah waktu khusus untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumat (apa jumat malam yah?) kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

    8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda yang memasak untuknya.

    9. Selalu puji kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

    10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

    11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

    12. Jadualkan setiap perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

    13. Sekiranya anda terlewat/lupa, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

    14. Bila dia meminta pendapat anda dengan bertanya mengenai sesuatu masalah, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah karena bertanya.

    15. Saat perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahwa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan coba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

    16. Bila anda perlu waktu untuk menyendiri akibat gusar/marah, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit waktu untuk berfikir mengenai sesuatu.

    17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, berbincanglah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

    18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

    19. Pada saat dia hendak berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

    20. Sekiranya dia yang selalu mencuci pinggan/piring/panci, sesekali bantu dia untuk mencuci pula, terutama jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau mencuci yang sukar.

    21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanyakan apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

    22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang hendak dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

    23. Beritahu padanya bila anda hendak tidur atau hendak keluar.

    24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu dhuhur, ashar, maghrib dan isya’. Jika tidak sempat, gabungkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

    25. Telefon dia saat anda bekerja dan tanyakan kabar atau beritahukan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

    26. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

    27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

    28. Letakkan pakaian yang sudah kotor untuk dicuci ke tempat cucian.

    29. Selalu periksa tong sampah apakah sudah penuh, dan buanglah sampahnya. Kemudian letakkan plastik sampah dalam tong itu.

    30. Bila anda hendak berpergian jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nomor telefon tempat itu.

    31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

    32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

    33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

    34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

    35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

    36. Sabarlah bila dia hendak berbagi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

    37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

    38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

    39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

    40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

    41. Luangkan waktu anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka, selama tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

    42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

    43. Coba pahami bila dia lewat atau tiba-tiba hendak menukar pakaiannya.

    44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

    45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahwa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

    46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil.

    47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu ukuran tubuhnya serta warna, gaya dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

    48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang hendak dijadikan kenangan.

    49. Luangkan waktu berdua bersamanya untuk melakukan sesuatu yang romantis.

    50. Biarkan dia tahu bahwa anda membawa fotonya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan foto terbaru bila sudah sampai masanya.

    51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

    52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komentar yang menunjukkan anda perhatian seperti ‘Kamu nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Kamu terlihat letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

    53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

    54. Solat bersama dan berdoa bersama.

    55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

    56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

    57. Tawarkan diri untuk memperbaiki sesuatu di rumah. Nyatakan anda ada waktu untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Asahkan pisau. Gunakan lem yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Gantikan lampu yang telah terbakar.

    58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

    59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

    60. Pastikan kamar mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

    61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya.
    Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

    62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

    63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul katamu’. Di waktu yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

    64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

    65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

    66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda hendak keluar rumah.

    67. Tertawalah pada lelucon dan senda guraunya.

    68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

    69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

    70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahwa anda mau dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mau apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

    71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahwa anda rindu padanya.

    72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

    73. Mintalah pendapatnya tentang sesuatu dan hargai pendapatnya.

    74. Banyak lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan hal-hal besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangkan hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda perhatian padanya.

    75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasadicintai, dia akan cinta pada anda tanpa pamrih.

    76. Anda juga akan dapati bahwa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengobati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa karena isteri anda telah mendapatkan perhatian yang dia perlukan.

    “sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT.”

    Source URL: http://pokbongkoh.blogspot.com/2010/02/76-petuah-memenangkan-hati-wanita.html
    Visit Godo Bolet for Daily Updated Hairstyles Collection

0 comments:

Post a Comment